VISI PERSATUAN

Untuk menjadi sebuah persatuan wanita Islam yang dynamik bagi membina masyarakat yang cemerlang
 
MISI PERSATUAN

Memberi peluang bagi kaum wanita meluahkan keperluan mereka untuk membantu mereka untuk memina sebuah keluarga yang kukuh

OUR CORE VALUES

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah memberi kelulusan bagi PPIS untuk memungut Zakat bagi pihak MUIS. Kami menjadi pusat pungutan ZAKAT dalam April 1997. Kaum muslimin dan muslimat yang berminat memberi zakat boleh menghubungi Cik Hairun atau Cik Habibah di tel : 67440258 atau hantarkan emel kepada hairunniza@ppis-ywma.com atau habibah@ppis-ywma.com

Kategori kategori Zakat adalah seperti berikut :

Zakat Simpanan Bank
Kaedah biasa hisab zakat ini di Singapura adalah berdasarkan 2.5% baki tahunan yang terendah bagi semua jenis simpanan, Baki terendah itu mestilah sama atau lebih tinggi dari hisab.

Zakat Simpanan CPF
2.5% jumlah simpanan dalam CPF setiap tahun dan baki apabial cukup haul dan nisab. Jumlahnya boleh dibayar setiap tahun atau dikira semula ie semasa dikeluarkan dari simpanan CPF.

Zakat Emas
2.5% nilai pasaran emas. Nilai ini mesti lah sama atau lebih dari nisab ie nilai 86 gram emas.

Zakat Saham
2.5% jumlah nilai saham dalam pasaran apabila cukup haul dan nisab nya.

Zakat Niaga
2.5% nilai bersih aset yang ada apabila cukup haul dan nisab nya.