
Perkhidmatan
penjagaan kanak-kanak adalah satu keperluan
masakini kerana tren suami isteri yang keluar
bekerja dalam tahun 90’an. Berdasarkan
Banci Penduduk 1990, terdapat ramai wanita yang
masih lagi bekerja walaupun sudah berumahtangga
dan mempunyai anak. Dengan ini perkhidmatan
penjagaan kanak kanak merupakan suatu pilihan
yang dapat kita ceburi.
Kajian yang dijalankan Majlis Perkhidmatan Sosial
Kebangsaan (NCSS) mengenai “Penjagaan
Sebelum dan Sesudah Sekolah” pada April
1993 menunjukan tidak banyak kelyarga Melayu
/ Islam memanfaatkan perkhidmatan tersebut walaupun
terdapat ramai kanak-kanak yang terbiar di kalangan
masyarakat Melayu / Islam.
Khidmat “Penjagaan Sebelum dan Sesudah
Sekolah PPIS” diadakan khususnya untuk
keluarga-keluarga Melayu / Islam berpendapatan
rendah. Makanan halal dan kegiatan yang berdasarkan
sukatan pelajaran yang sejajar dengan sistem
yang mengutamakan nilai dan kepercayaan terhadap
ajaran Islam. Selain daripada jagaan fisikal,
program ini juga menggabungkan latihan dalam
membentuk nilai-nilai positif serta kemahiran
sosial. Dengan bayaran yang rendah, program
ini akan dapat disertai golongan berpendapatan
rendah. Jika perlu, sabsidi akan diberikan bagi
yuran dan pengangkutan mereka.
Bengkel dan sesi perbincangan akan kerap diadakan
untuk membantu ibu-bapa melaksanakan tugas keibubapaan.
PPIS akan mengadakan perkhidmatan ini untuk
keluarga-keluarga Melayu / Islam berpendapatan
rendah.
Banyak kegiatan yang bergabung dengan kelab
remaja, “Teenzgirls” akan diadakan
untuk kanak-kanak dalam jagaan kami.
Hubungi Kami
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai Pusat Penjagaan Pelajar, sila hubungi
penyeliannya
Saudari Zaleha Ahmad
Tel : 67414065
Faks : 67412942
E-mel : zaleha@ppis-ywma.com
Kami
terletak di :
Block 163 Bedok Reservoir Road , #01-1425
Singapura 470163
Kembali
ke Jabatan Perkhidmatan Sosial
|