
Sebuah
pusat bantuan keluarga di barat Singapura yang
menyediakan berbagai program bantu diri, pendidikan
dan bimbingan kepada masyarakat. Sebuah pusat
bagi rakyat Singapura dari semua lapisan masyakarat.
Dengan majoriti 90% pelanggan Melayu, Pusat
Perkhidmatan Keluarga PPIS-Jurong telah menempa
nama sebagai pakar dalam ehwal keluarga Melayu
dan maysrakat nya.
Pusat
Perkhidmatan Keluarga PPIS-Jurong telah ditubuhkan
sebagai satu projek pada bulan March 1992 dan
pada masa ini, Persatuan Pemudi Islam Singapura
(PPIS) mengendlikan pusat tersebut. Pusat Perkhidmatan
Keluarga ini mempunyai sebuah Jawatankuasa Pengurusan
yang bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
Pusat tersebut, melakarkan perkhidmatan yang
disediakan, memupuk pengembangannya dan memastikan
kewajipannya kepada masyarakat sejajar dengan
misi PPIS keseluruhannya.
Visi
: Untuk menggalak, memupuk dan mengekalkan
kesejahteraan unit-unit keluarga untuk menyumbang
kepada kemajuan negara
Misi
: Kami adalah sebuah pusat keluarga
berbilang perkhidmatan di kawasan kejiranan
yang menyediakan program program pencegahan,
pembangunan dan pemulihan untuk membolehkan
keluarga berfungsi secara berkesan sebagai sebuah
unit dalam masyarakat.
|