VISI PERSATUAN

Untuk menjadi sebuah persatuan wanita Islam yang dynamik bagi membina masyarakat yang cemerlang
 
MISI PERSATUAN

Memberi peluang bagi kaum wanita meluahkan keperluan mereka untuk membantu mereka untuk memina sebuah keluarga yang kukuh

OUR CORE VALUES

Misi

Untuk menyediakan pengaliran dana yang tetap bagi membantu mengatasi kos pengendalian Persatuan.

Matlamat

Untuk menganjurkan satu projek utama mengumpulkan dana setahun sekali dan usaha mengumpul dana kedua setiap dua tahun.

Untuk menjalin jaringan dan hubungan dengan badan badan pemerintah, pengamanah dan yayasan bagi sumbangan tahunan yang komited.

Untuk mendekati kumpulan kumpulan Islam di sektor swasta bagi derma termasuk sumbangan zakat.

Untuk mengenal pasti cara cara inovatif dalam usaha mengumpulkan dana.

Sumber sumber Dana

1. Hari Bendera tahunan
2. Kegiatan kegiatan dakwah
Ceramah & Forum Awam
Sumbangan umum dari orang awam dan anggota PPIS
3. Geran dan sumbangan dari badan badan dan pengamanah yang diluluskan
4. Melancarkan projek projek baru bagi pengalian dana yang tetap

PROJEK CD/VCD AMAL PPIS

Projek mengumpulkan dana pertama bagi tahun 2005 adalah CD/VCD Amal PPIS berjudul ‘Kupon Amal Santapan Rohani’, satu kerjasama dengan Life Records. CD/VCD itu meliputi berbagai topik ceramah motivasi oleh penceramah terkenal dari Malaysia (Dr Fadilah Kamsah dan Ustazah Siti Norbayah), pembacaan Al Quran dan koleksi lagu dan nasyid (oleh Saujana, Hijjaz dan Amar).

Kami merayu bagi sokongan dan sumbangan dermawan anda dalam usaha amal CD/VCD ini. Kami mahu mengumpulkan $125,000 dari projek ini bagi memenuhi perbelanjaan operasi kami. Sokongan dan Sumbangan anda sebelum ini telah membantu kami untuk terus menyediakan khidmat bakti sosial dan kebajikan kepada masyarakat yang termasuk :

• khidmat talian bantuan bagi kaum wanita dan beliawanis dalam kesulitan
• pusat pusat perkhidmatan keluarga di Ubi Avenue dan Jurong West yang menyediakan khidmat pengendalian kes, kaunseling bagi keluarga ibubapa tunggal dan belia, kursus kursus pendidikan/motivasi bagi keluarga yang memerlukan dan anak-anak mereka.
• Pusat Jagaan Pelajar bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dari usia 7 – 12 tahun.
• Kelab Belia yang berusaha memperkasakan beliawanis dan menjadi satu wadah bagi mereka emnyertai kegiatan kegiatan positif yang akan membantu mereka memupuk semangat kekitaan, berguna, kecekapan dan kuasa.
• Kelas kelas pengembangan peribadi dan kerohanian.

Sekali lagi, kami yakin sokongan dan semangat dermawan anda akan banyak membantu dalam mengurangkan kos operasi kami. Sebagai salah satu anggota bersekutu Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan, derma melebihi $50000 akan diberikan resit pengecualian cukai.

Contoh Kupon

(pix sample of the coupons)


Pusat Pungutan CD / VCD Amal PPIS

Ibupejabat PPIS Pusat Tadika Pusat Tajaka
Bukit Batok Sembawang
1 Eunos Crescent 21 Bt Batok East Ave 6 316 Sembawang Vista
#01-2509 Singapura 596304 #01-199
Singapura 400001 Singapura 750316
Tel : 67440258 Tel : 64678958 Tel : 67543950


Beberapa contoh CD / VCD yang ada

Persatuan Pemudi Islam Singapura
Blk 1 Eunos Crescent, #01-2509, Singapura 400001
Tel : 67440258 Fax : 67481417
Emel : enquiry@ppis-ywma.com