VISI PERSATUAN

Untuk menjadi sebuah persatuan wanita Islam yang dynamik bagi membina masyarakat yang cemerlang
 
MISI PERSATUAN

Memberi peluang bagi kaum wanita meluahkan keperluan mereka untuk membantu mereka untuk memina sebuah keluarga yang kukuh

OUR CORE VALUES

Falsafah

Untuk memupuk pembangunan kanak-kanak berdasarkan keugamaan

Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran kami menumpukan kepada interaksi antara guru dengan murid dalam dua bahasa (Inggeris dan Melayu). Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar kecuali pada hari Jumaat di mana Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.

Sukatan pelajarannya seperti berikut :-

• Bahagian "Memainkan Peranan"
• Bahagian Bahasa
• Bahagian Ilmu Hisab
• Bahagian Pendidikan Islam
• Bahagian Penggendalian
• Bahagian Seni dan Kraftangan
• Bahagian Informasi Maklumat (untuk K1 & K2 )
Murid murid juga akan digalakan menceburi kegiatan kegiatan berikut:-

• Kerja-kerja projek
• Darmawisata sambil belajar
• Peninjaun dan Penilaian
• Perjumpaan antara ibu-bapa dengan guru
• Majlis dan Perayaan

Penggal Sekolah

Penggal sekolah terbahagi kepada empat dengan setiap penggal mempunyai sepuluh minggu. Sekolah-sekolah ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat. Cuti sekolah adalah sama dengan cuti sekolah umum. Sekolah-sekolah kami juga mengikuti cuti umum dalam kalendar hijrah.

Tingkatan Kelas

Tingkatan kelas yang disediakan :-

Nursery (4 tahun)
Kindergarten Satu (5 tahun)
Kindergarten Dua (6 tahun).

Pendaftaran

Pendaftaran tahunan untuk semua tingkatan kelas biasanya diadakan pada hujung bulan March. Pendaftaran ini dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap pertama – untuk kanak-kanak yang mempunyai adik beradik di tadika tersebut.
Tahap kedua – untuk anak-anak ahli Persatuan.
Tahap ketiga – Pendaftaran terbuka.

Pendaftaran untuk tahap ketiga akan diiklankan di akbar Melayu tempatan.

Ibu-bapa dikehendaki datang kepusat-pusat pilihan mereka untuk membuat pendaftaran.
Atau mereka juga boleh mendaftar secara “on-line” semasa pendaftaran.


Pendaftaran “Online”

Pusat Tadika

Sejauh ini PPIS mempunyai satu pusat perkhidmatan Tadika, Sekiranya berminat dengan Pusat Pembangunan Kanak-kanak sila hubung:


Puan Fatimah Abdul Kader
Bukit Batok Centre
21 Bukit Batok East Avenue 6
Singapura 596304
Tel: 64678958 Fax : 64667514
Email: fatimah_kader@ppis-ywma.com