|

Misi Kami
Memberi
sokongan kepada
keluarga ibu/bapa tunggal di Singapura
terutamanya yang berpendapatan rendah menerusi
berbagai program yang padat bertujuan :
-
Mengurangi
tekanan persan
-
Memberi
sokongan dan membina kebolehan menghadapi
cabaran; serta
-
Meningkatkan
kesedaran dan sokongan dari masyarakat,
perkhidmatan sosial dan badan kerajaan
Visi
Kami
Kearah
agensi yang terunggul di Singapura dalam
menyahut keperluan, mewakili kepentingan dan
peningkatan keluarga ibu/bapa tunggal.
Lungsuri
gelombang perubahan..
Setiap
tahun lebih 2000 pasangan bercerai. Dalam banyak
keluarga lain, kematian meragut nyawa orang
yang tersayang.
Perubahan
terjadi akibat perceraian atau kematian dalam
sesebuah keluarga dan penakatan untuk mengharungi
badai kehidupan samada menyebabkan keluarga
itu diselubungi kemurungan atau menjadikan mereka
lebih bingkas bertakat.
Keluarga
ibubapa tunggal perlukan bantuan.
Di
As-Salaam, keluarga ibubapa tunggal dibantu
untuk mengharungi badai kehidupan akibat perceraian
atau kematian orang tersayang. Melalui berbagai
program dan perkhidmatan, ibubapa dan anak anak
belajar menerima hakikat kehidupan, untuk bangkit
dan memulakan hidup baru
Pusat
Sokongan Keluarga As-Salaam PPIS adalah sebuah
agensi bukan mencari keuntungan yang khusus
mengendalikan keluarga Melayu dan Islam yang
kehilangan ibu atau bapa akibat kematian atau
perceraian. Ditubuhkan pada tahun 1988 oleh
Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan, As-Salaam
berpengalaman lebih 15 tahun menangani isu-isu
kehilangan, kematian dan perceraian dalam keluarga
masyarakat Melayu Islam.
Kami
pakar dalam program bagi keluarga ibubapa tunggal
Melayu/Islam :
-
KAUNSELING
- PROGRAM
KUMPULAN SOKONGAN BAGI ANAK ANAK akibat perceraian
atau kematian
- KUMPULAN
SOKONGAN BAGI IBU IBU DENGAN HAK PENJAGAAN
dalam keluarga ibubapa tunggal
- CERAMAH
dan BENGKEL
- BENGKEL
dan LATIHAN
- Ceramah
Umum
As-Salaam
YWMA Family Support Centre
Blk 322 Ubi Ave 1 #01-591 , Singapore 400322
Tel : 6745 5862 , Fax : 6743 2749
Email : enquiry@as-salaamppis.org |