|
Program-program
khidmat sosial yang dikendalikan oleh Pusat An-Nisaa’ di Eunos Crescent
tertumpu kepada peningkatan keupayaan wanita dan remajanita.
Khidmat-khidmat
ini termasuk:
- Khidmat
Talian Bantuan PPIS
Ditubuhkan
pada tahun 1999, talian bantuan PPIS yang dikendalikan oleh sekumpulan
sukarelawan yang terlatih ini bertujuan untuk:
§
Memberikan sokongan emosi
dengan mendengar keluhan wanita dan remajanita yang sedang bermasalah.
§
Memberikan maklumat dan
rujukan kepada perhidmatan yang sedia ada di PPIS dan agensi-agensi lain.
Perkhidmatan
ini beroperasi dari:
Isnin-Jumaat: 11 pagi - 6 petang
Sabtu: 10 pagi - 1 petang
Nombor
Talian: 6745 5923
·
Kelab remajanita PPIS
Ditubuhkan
pada 1 Mar 2003, kelab ini disasarkan khusus untuk remajanita yang berusia
antara 13 hingga 19 tahun. Kelab ini bertujuan untuk meningkatkan jati diri dan
berfungsi sebagai wadah dan saluran untuk remajanita berkecimpung dalam beraneka
activiti positif yang boleh melahirkan dalam diri mereka:
§
rasa berkecekapan – boleh
melakukan sesuatu dengan baik
§
rasa berkebolehan untuk
menyumbang – ada sesuatu yang boleh mebantu.
§
Rasa diperlukan – menjadi
ahli pada kumpulan dan masyarakat.
§
Rasa berkebolehan –
mempunyai daya untuk mengemudi masa depan.
Activiti
utama yang di jalankan oleh kelab ini termasuk:
§
Program mumupuk kemahiran
hayat, melalui perkhemahan, bengkel dan ceramah
§
Rekreasi dan kegiatan luar,
termasuk trekking dan meneroka cabaran kembara
§
Pusat pertemuan untuk ulang
kaji, interaksi sosial, perbincangan dan melungsuri Internet
§
Peluang untuk menjadi
sukarelawan di pusat-pusat PPIS, dan lain-lain pusat sukarelawan di luar dan
dalam negeri.
·
NURteensLINE
NURTeensLINE
di tubuhkan selaras dengan program gabungan bersepadu bersama MENDAKI dan lima
pertubuhan Melayu/Islam yang lain. PPIS terlibat dalam mengendalikan talian
untuk remaja yang bertujuan untuk menghulurkan bantuan dan menyalurkan mereka ke
pusat bantuan yang sedia ada jika perlu.
Nombor
Talian: 9777 7687 (NUR)
Matlamat dan objektif
program
Matlamat
Untuk
mendekati dan memberi sokongan pemanggil remaja, terutamanya remaja yang
menghadapi isu kenakalan dan
keterlanjuran.
Objektif
§
Untuk
mendengar dan melegakan pemanggil remaja yang sedang bermasalah
§
Untuk
menyalurkan pemanggil remaja untuk langkah susulan
§
Untuk
meningkatkan keupayaan remaja untuk membuat keputusan yang wajar dan berpandukan
keperluan.
§
Untuk
memberi jalan di mana remaja boleh mendapatkan bantuan pada tahap awal.
Kumpulan Sasar
Remajanita
yang sedang bermasalah dan yang sedang menghadapi risiko kehamilan.
Komponen Program
§
Mencari
anggota sukarelawan untuk mengendali talian NURTeensLINE
Pada
waktu sekarang, sekumpulan remaja mengendalikan talian NURTeensLINE, dibantu
oleh dua pegawai dari pusat An-Nisaa’ PPIS.
Rancangan selanjutnya ialah untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan untuk
menghulurkan bantuan.
§
Pengiklanan
Pengiklanan
menyeluruh untuk no. NURTeensLINE adalah mustahak untuk memperkenalkan talian
ini pada remaja.
·
Program Pendidikan dan Peningkatan untuk Muslimah
Ia
merupakan sebuah program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu berkaitan dengan hak-hak wanita
di dalam perkahwinan, perceraian dan warisan di Singapura. Program ini bukan sahaja disasarkan kepada kumpulan Muslim and
Muslimah tetapi juga kepada golongan bukan Islam, terutamanya dari sektor sosial
dan guaman. Program ini bertujuan untuk
§
menjadi pemankin untuk peningkatan keupayaan dan kebolehan
Muslimah
§
menjadi wadah untuk mendapatkan informasi dan jambatan untuk
memenuhi ketandusan informasi
§
mengalakkan pertumbuhan karyawan dan intelek berciri
keIslaman.
§
bertindak sebagai halaman untuk menjawab dan menghuraikan
kekeliruan yang bersangkutan dengan Islam.
·
Kaunselling
Rumahtangga untuk pasangan yang menghadapi masalah (Gabungan bersama Mahkamah
Syariah)
Pusat
An-Nisaa’ juga menjalankan sesi kaunseling rumahtangga oleh
kaunselor-kaunselor yang bertauliah. Kaunseling di adakan dengan gabungan
bersama Mahkamah Syariah, Singapura.
|